Tips Sekiranya Berlaku Kemalangan Jalanraya

Setiap hari statistik bilangan pengguna di jalan raya semakin meningkat. Disebabkan itu juga, kita sentiasa mendengar berita tentang kemalangan jalan raya di televisyen, akhbar dan media sosial setiap hari. Kita juga sebagai penguna jalanraya haruslah berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu.

Apakah langkah atau tip jika terlibat dalam kemalangan jalan raya? Adakah kemalangan anda itu serius atau tidak? Berikut adalah tip-tip jika berlaku kemalangan.

Kemalangan yang berlaku

Sekiranya terlibat dengan kemalangan, langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Kawal emosi supaya dapat membuat keputusan dengan baik.
  2. Pastikan anda ataupun penumpang lain tidak mengalami kecederaan,
  3. Sekiranya ada hubungi talian kecemasan untuk bantuan terus ke klinik kesihatan yang terdekat.
  4. Jangan lakukan provokasi.
  5. Dapatkan maklumat kenderaan yang terlibat kemalangan dengan anda.
  6. Jika boleh dapatkan saksi kemalangan.
  7. Ambil gambar kemalangan sebagai bukti.
  8. Hubungi Pusat Bantuan Kemalangan syarikat Insurans anda untuk bantuan kemalanga.
  9. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
  10. Sekiranya anda ingin membuat tuntutan Insurans pastikan kereta anda dihantar ke bengkel panel Insurans yang diluluskan oleh PIAM.

Perkara yang perlu anda elakkan:

  1. Mengaku bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku.
  2. Menyelesaikan sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  3. Tidak melaporkan kejadian kepada pihak polis  walaupun anda tidak membuat tuntutan insurans. Laporan polis adalah untuk mengesahkan kejadian dan melindungi anda.

Jika anda membuat perlindungan kenderaan komprehensif dan pihak yang melanggar anda (pihak ketiga) jelas bersalah, anda seharusnya membuat tuntutan kerosakkan sendiri “Knock for Knock” (KfK) untuk mempercepatkan proses tuntutan. Dalam proses ini, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda tidak terjejas. Anda juga boleh menuntut “Loss of Use” (LOU) dengan syarikat insurans pihak ketiga.

Sekiranya kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian anda, saman kesalahan trafik akan dikenakan disebabkan kecuaian. Jika menerima sebarang amaran tuntutan, notis pendakwaan ataupun inkues yang akan berlaku, saman, writ atau surat peguam daripada pihak ketiga (pihak yang anda langgar), anda mesti hubungi syarikat insurans kenderaan anda secepat yang mungkin iaitu dalam tempoh 14 hari dari tempoh penerimaan dokumen berkenaan.

Pihak yang didapati bersalah di sisi undang- undang akan dikenakan saman akibat cuai semasa memandu sebanyak RM300. Selain itu, proses yang akan memakan masa juga diambil untuk proses tuntutan dan baikpulih. NCD juga akan terjejas sekiranya siasatan polis didapati anda bersalah.

Semua tip di atas adalah untuk membantu anda jika berlaku kemalangan. Pandulah dengan cermat dan selamat, berhati-hati dijalan raya. Ingatlah insan yang tersayang.

Leave a Reply