Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru.

Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru.

Artikel ini saya akan menerangkan cara untuk memindahkan No Claim Discount (NCD) daripada kereta lama kepada kereta baru. Biasanya pemilik kenderaan memindahkan NCD disebabkan oleh membeli kereta baru ataupun telah membuat tuntutan (dimana nilai kenderaan yang telah dibuat tuntutan itu lebih tinggi dari nilai kenderaan yang mempunyai NCD).

Contoh:-

Anda mempunyai 2 buah kereta, kereta lama (Wira) dan  sudah mempunyai NCD penuh sebanyak 55%, untuk dipindahkan kepada kereta baru (Estima). Sekiranya NCD 55% di pindahkan ke kereta estima tersebut anda dapat menjimatkan wang dalam membayar insurans kereta anda.

Kebanyakkan pemilik kenderaan banyak pemilik kereta tidak berapa tahu tentang hal ini. Apa yang ingin saya terangkan di sini bahawa anda boleh pindahkan NCB kereta lama contohnya 55% NCB ke kereta baru anda. Di mana, dalam kes seperti ini anda boleh mendapatkan penjimatan dalam membuat insurans kereta baru. Ada sesetengahnya boleh jimat sehingga ribuan ringgit, namun ianya bergantung kepada nilai premium insurans kereta anda.

Perlu diingatkan disini, sebelum anda ingin membuatkan pemindahan pastikan semua kenderaaan itu adalah milik anda dan didaftarkan atas nama dan no Kad Pengenalan anda. Pemindahanan NCD tidak boleh dibuat kepada kenderaan bukan milik anda walaupun didaftarkan atas nama syarikat anda sendiri.

Sekiranya tiada tuntutan kadar NCD anda akan naik sehingga nilai maksimum.

NCD bagi kereta persendirian & syarikat.

Tempoh Tahun Pertama = NCB 25 %

Tempoh 3 tahun = NCB 30 %

Tempoh 4 tahun = NCB 38. 3 %

Tempoh 5 tahun = NCB 45 %

Tempoh > 6 tahun = NCB 55 %

 

Nilai NCD motorsikal,teksi, lori A & C Permit & ‘Special Veicle’.

Tempoh Tahun Pertama = NCB 15 %

Tempoh 3 tahun = NCB 20 %

Tempoh > 4 tahun = NCB 25. %

Check nilai NCD anda di Sini.

 

Langkah yang perlu anda buat!

  1. Sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank.
  1. Pergi ke cawangan terdekat syarikat takaful/insurans ataupun ejen insurans yang melindungi kereta lama itu. Contoh Wira dilindungi oleh Allianz, urusan perlu dibuat dengan Allianz untuk memindahkan NCD tersebut. Anda perlu mengisi borang pemindahan NCD dan menandatangani borang tersebut. Biasanya anda perlu membayar gantian nilai NCD yang telah diambil berdasarkan berapa lama tempoh perlindungan insurans/takaful itu masih sah. Anda akan diberikan satu salinan surat setelah urusan selesai.
  1. Sekiranya tempoh insurans kereta telah tamat tempoh. Anda tidak perlu lagi membuat urusan seperti di atas. Anda terus memperbaharui insurans kereta lama dengan NCD 0%. Simpan Salinan insurans/takaful yang sebelunya yang terdapat NCD 55%. Ini kerana semasa ingin memindahkan ke estima, no covernote insurans tersebut diperlukan.
  1. Semasa memperbaharui insurans/takaful estima perlu memberikan documen yang diberikan oleh syarikat insurans semasa anda membuat urusan pemindahan NCD. Sekiranya telah insurans/takaful kereta lama telah tamat anda perlu memberikan covernote insurans kereta yang lama sahaja.

Saya harapkan artikal saya ini dapat membantu anda dalam membuat urusan memindahkan NCD. Sekiranya anda masih lagi tidak memahami proses di atas ataupun terdapat masalah dalam urusan pemindahan NCD dan ingin bantuan nasihat, saya berbesar hati sekirnya anda boleh menghubungi saya. Klik di sini.

217 Replies to “Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru.”

  1. Assalamualaikum. Sy nk tnye, boleh ke NCD dari motosikal (25%) tranfer ke kereta baru.? Terima kasih

    1. W’salam…
      Motorsikal NCD dia tak boleh transfer kepada ncd kereta.
      – Transfer ncd boleh buat hanya motor kepd motor (motor besar pon boleh)
      – kereta kepada kereta ( maksudnya, kereta van, suv, pikup melainkan kenderaan perdagangan)
      – Mesti tukar kepada kenderaan yang kepunyaan owner yang sama.

  2. Nk tanya.. NCD kereta saya dh 55%. Sy trade in kereta utk beli kereta baru( bkn terpakai) Harga kereta baru telah ditetapkan sekali insurans. Masa mana NCD boleh digunakan. Sy tak fhm.. Sbb penjual kereta kata beli kereta baru dgn kereta terpakai tak sama insurans nya. Betul ka?

    1. Puan Azura,

      bergantung kpd syarikat insurans jgk.. Mengikut pengalaman saya paling lewat hanya sebulan.. paling cepat 2 minggu. Puan kena selalu follow up dengan branch.

    2. Puan Azura,

      Option 1,
      Dalam kes puan Ncd kereta lama boleh ambil setelah kereta lama dah jual dan tukar nama kpd pemilik baru. Insurans kereta lama puan hendaklah dibatalkan dan puan akan dapat ambil NCD (ke kereta baru) & ‘refund’ baki insurans sekiranya tempoh masih berbaki 3 bulan dan lebih.

      Option 2,
      Buat insurans kereta baru dengan NCD 0%, setelah tukar nama kereta lama puan boleh ambil NCD 55% tu masukkan kepada kereta baru. Syarikat insurans kereta baru akan mskkan NCD 55% dan akan withdraw jumlah NCD 55% (jumlah withdraw dikira bermula tarikh Puan membuat urusan transfer NCD bukan tarikh bermula insurans kereta baru).

      Ya puan, Insurans Kereta baru tak sama dengan kereta terpakai.
      Sebab kereta baru nilai dia ikut nilai puan beli contohnya Honda Jazz V Baru harga kereta RM82k, Jadi insurans akan insured RM82k.
      Kalau kereta terpakai contoh Honda Jazz tahun 2012, kereta dah 5 Tahun nilai dia dah susut. Jadi nilai ni akan ditentukan oleh pihak insurans. Contohnya nilai Insured dia RM50k. Harga yang used car jual RM42k. Nilai Insured(yang diinsuranskan) dan nilai jual(nilai yang diperdagangkan) tak sama. Untuk lebih faham dengan lanjutlagi pasal insured ni puan boleh tgk kat bahagian Market value vs agreed value.

  3. Puan Anna says: Reply

    Assalamualaiakum…
    Saya memiliki proton Saga BLM (55% NCD).
    Pada Sept 2017, sy telah menbeli proton Exora. Sy telah memindahkan NCD kereta lama kepada kereta baru. Document sudah submit kepada pihak insurance.
    Soalan sy, berapa lamakah proses pengeluaran tunai NCD? Menurut syarikat insurance, claim yg sy dapat adalah sebanyak RM900++. Adakah claim tersebut mengambil masa lama untuk masuk akaun?

    1. W’salam Puan Anna.

      Biasanya mengambil masa dalam 2 minggu ke sebulan shj puan.

  4. Salam tuan, mohon pencerahan sikit..

    July- saya renew insuran saya dgn 0%ncd sbb bln 9 kereta baru akan keluar. Mengikut agen ncd55 tu akan floating dlm system.

    Sept- bila kereta baru nk keluar, dah takde ncd 55 tu dlm sistem. Syarikat insuran kata x ada… Saya dah tunjukkan covernote yg sebelum july dan slps july tp dorang still kata x ada rekod.

    Rasa mcm berlaku penipuan dan penafian pulak. Boleh dilaporkan ke bhgn mana ya?

    1. W’salam… Sorry saya lambat review blog ni.. tuan boleh whatsapp saya 0139443989 nanti saya tolong tuan check. boleh whatsapp sekali gambar cnote terdahulu..

  5. Suami saya telah membeli kereta baru 3 bulan yg lalu. Malangnya NCD tak ditransfer seperti yg kami minta sewaktu pembelian kereta baru. Kami baru sahaja sedar yang NCD tak ditransfer pada hari ini.

    Ada peluang lagi ke nak transfer NCD dari kereta lama ke kereta baru sekarang?

    1. ya, masih tetap boleh transfer.. Puan Whatsapp kami 0139443989 utk kami guide caranya nanti.

  6. bro saya beli vios tahun 2012 bulan april lalu…sebelum tu pakai satria tahun 1997 NCD ade 55%…macam mana nak transfer NCD tu ke vios saya ?
    tapi syarikat insuran lain-lain…keta satria tu pakai insuran berjaya sompo…sekarang keta vios pakai insuran axa affin….macam mana ye ?

    1. Salam, Bang.

      ok kes ni boleh je pindahkan NCD tak kira syarikat insurans mana pon.

      Cara dia mcm ni
      kalau kereta satria dah jual & sudah tukar nama pemilik serta insurans tersebut masih hidup, boleh ke berjaya sompo untuk cancel insurans tersebut.
      Sekiranya tempoh effective date melebihi 3 bulan boleh buat refund balik balance tu dan dapat duit.
      bawa cancellation letter insurans kereta satria NCD 55% ke company axa affin untuk mskkan NCD 55% tersebut dan dapatkan withdraw NCD55% tersebut. Kalau Abang beli vios bulan april & buat transfer NCD 55% sekarang maknanya withdraw akan dapat lebih kurang dalam 5 bulan shj tak dapat penuh (sebab dah lewat). Tempoh utk dapat duit with draw dalam tempoh 2 minggu ke ssebulan. bergantung pada syarikat insurans tersebut.

  7. Salam , tuan boleh ke kalau wakil yg pergi ke syarikat insurans berkaitan untuk urusan pindahan ncd ?

    1. W’salam.
      Boleh…

  8. Muhamad hafiz says: Reply

    Salam..sy ade soalan, sy da pakai kereta A dekat 4 tahun ncd x penah claim. Minggu lepas sy br je beli kereta B dari used car. Boleh ke sy transfer ncd dari kereta A ke kereta B..

    1. W’salam..
      Boleh je bang asalkan atas nama yang sama. Tapi asalkan berbaloi. Contoh lah, katakan kereta A (kancil) tu dah lama dan nilai dia pun lebih rendah dari kereta B (Persona) itu berbaloilah abg tranfer NCD tu tapi kalau nilai B lebih tinggi tak berbaloi la. hahaha

  9. mohd faizal says: Reply

    Salam tuan,
    Persoalan sy, ada beberapa blog yg mengatakan jika hendak tranfer NCD ke kenderaan baru owner, akan dikenakan cas rm100-200.. betul ke?

    1. W’salam.
      Sorry ya bang agak lewat saya bagi respon saya agak sibuk kebelakangan ni.
      dari segi cas tu bergantung pada syarikat atau individu yang buat urusan tersebut. Syarikat kami menjaga servis after sale dan tidak mengenakan sebarang cas kepada pelanggan yang telah renew insurans dengan pihak kami. Bagi saya lah ianya subjectif, ada kala muda dan adakalanya urusannya rumit bergantung pada syarikat insurans itu sendiri. kalau ang nak mintak saya tolong guidekan pon boleh. whatsapp saya 0139443989

  10. salam tuan
    persoalan sy..pada thun lepas kereta sy xciden dan total lost bru pkai 3 thun.. tpi cliam ats kereta peslh.. dan skrg sy nk ambik kereta bru..boleh ke sy ambik ncd kereta tesebut..

    1. W’salam Bang…
      Kes abg mcm ni, claim 3rd party atas kereta yang langgar mesti ada lah dia punya ncd tu tp kena check ngan pihak insurans. kalau entitle ncd0%, bagitau syarikat insurans claim atas kenderaan lain dan bagi salinan report polis. In sha Allah dapat blk ncd tu. tp kalau tak guna dia akan turun setahun demi setahun. Contohnya, ncd tu 55%, setahun tak guna thn depan jd 45%, 38.33% sampai seterusnya lah sehingga 6 tahun jadi habis 0%….

  11. Salam..bang saya nak tanya..sy ade kerete waja..dan kereta waja tue dh pun dijual pada tahun ini..mse jual tue insuran telah pun tamat tempoh road tax pun dah mati bru sy jual..dan kereta tue ada 55% ncd..soalan saya..ncd tue ade valid x utk ditransfer ke kereta baru saya..contoh sy nak beli kereta baru tahun depan..masih boleh x pakai ncd 55% waja sy yg telah sy jual tue..??terima kasih bang.

    1. W’salam…
      boleh je bang lagi senang kalau dah expired. Sebab kalau nak beli kereta baru sama ada 2nd hand ataupun baru nak ambik ncd kereta lama ke kereta baru hanya bagitau no plat kereta lama je. Tapi kena ingatlah Insurans kereta lama tu tarikh expired insurans tu jangan bagi lebih setahun. Sebab setahun tak guna dia akan turun tahun demi tahun, contoh ncd55% akan turun jadi 45%.

  12. assalam..mohon tanya saya sedang proses beli used car A tahun 2016. insurans kereta skrg B (tahun 2009) akan tamat tempoh bulan 12 ni. soalan saya:
    1. masih dapat refund ke kalu buat transfer ncd55% ke kereta baru?
    2. urusan ncd transfer company used car akan uruskan.katanya kena ada resit payment utk roadtax?memang betul ke macam tu?
    3. sekiranya saya nak uruskan sendiri transfer ncd utk dptkan refund,boleh ke saya uruskan selepas dpt kereta baru?

    Terima kasih.

    1. W’salam, Kak,.
      maaf agak lewat reply..
      1. boleh.
      2. Kalau resit roadtax xperlu. Kalau surat witdraw ncd dari insurand kereta lama mungkin ya. Tapi kalu masa beli tu insurans kereta lama tu dah expired tak perlu. sbb lagi mudah Just msk no plat kereta lama dlm system ncd insurans baru dah automatik masuk ncd tu.
      3. Boleh, sekiranya kereta lama dah sambung kena buat withraw dulu lah. sbb buat withdraw kalau sambung insurans tu dgn ncd55%. nak ganti balik bila ambik 55% tu jadi 0% dia akan kira la dgn balance hari yang masih tinggal. cth:
      Premium Insurance akak rm1000, – (tolak ncd) ncd55% (rm550), gst 6% (rm27) duty stamp rm10. = rm487.
      cara kira dia mcm ni ambik ncd (rm550) contoh dah renew sebulan. rm550/365 = rm1.51 x (365-30) = rm505.85 + gst
      Jumlah kena byr dulu untuk ganti balance hari
      dapat withdraw slip tu n beri kat branch insurans kereta baru. contoh premium insurance dia rm2k akak boleh dah jimat dlm 1k, tolak yg rm5xx tadi ada dlm 500 jgk.
      thn dpn & seterusnya akak akan jimat lah walaupon ncd kereta lama tu 0%. sbb kereta baru value dia lagi tinggi.
      kalau tak faham boleh tanya kat link ni. wasap.my/60139443989

  13. Salam tuan,

    kalau sy transfer ncd 55% ke kereta baru, tahun pertama utk kereta baru dh dpt 55% ncd dh kn? kalau ye, sy blh dpt balik lebihan insurans dari syarikt insurans tu betol?

    1. W’salam,
      ya bang.. kalau transfer dah boleh ambik terus 55% tu.

  14. Salam. Saya ade beli kete 2nd honda city awal taun hari tu..sy trade in kete satria neo sy. Boleh ke sy dapat kn NCD untuk kete satria neo tu? Ade yg boleh bantu tak?

    1. W’salam… boleh, dengan syarat:
      Penama dan no ic owner yang sama.

  15. […] BACA JUGA:Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru. […]

  16. Assalamualaikum tuan.. terima kasih dgn penjelasan tuan dpt serba sedikit membantu sy.. cuma sy ada persoalan sedikit.
    Sy beli kereta baru dgn insuran baru ncd0 (atas cadangan sc supaya transfer ncd kemudian) , kemudian saya telah cancelkan insuran kereta lama(telah bertukar milik) dan akhirnya berjaya transfer ncd. Dalam kes ni, adakah sy akan dapat claim 2 refund ?
    1-dgn insuran lama. 2. Ncd 55% yang di transfer ke kereta baru.
    Sila tunjuk ajar..

    1. W’salam… ya betul dapat 2 refund.
      1. sbb dah jual & tukar nama serta cancel insurans lama.(sekiranya tempoh insurans masih berbaki melebihi dari 3 bln)
      2. Masukkan ncd 55% ke policy kereta baru.
      Dua2 dapat.

  17. Anonymous says: Reply

    Kalau NCD tu No claim Deposit? Balik2 crita ttg NCB. Apa tu?

    1. ya bos, No claim Discount (NCD) or No claim Bonus (NCB) benda yg sama..

  18. Saya nk tanya…kereta sy dh jual…owner baru pn dh buat isurans baru…sy dh beli kereta lain..jd skrg sy nk sambung NCD kereta lama sy untuk kereta skrg…yg jd masalahnya sy punya polisi insurans kereta lama sy dh hilang dan sy mmg x ingat insurans apa yg sy buat utk kereta lama sy..blh ke sy dptkn kembali jenis insurans tu dan sambung NCD ke insurans kereta baru sy…mohon pencerahan?

    1. Boleh, nak tau syarikat insurans lama just klik link ni https://www.mycarinfo.com.my/ISearch/Enquiry?version=b2c call syarikat insurans tersebut dan mintak dia email policy.

  19. assalam encik, sy nak tanya. sy pakai kereta tetapi nama kereta abang sy. Sy bercadang nak trade in kereta sekarang ni dgn kereta secondhand. Sy ingin menukar nama kereta yang baru dibeli dengan nama sy. Bagaimanakah caranya?

    1. W’salam…
      Untuk trade in kereta atas nama abg encik, abg encik perlu berurusan dengan JPJ untuk pindah hak milik nanti kepada pemilik baru. Kereta baru sekiranya encik beli sudah tiada kaitan dengan abang encik. Hanya urusan pindah milik kereta lama sahaja berkait dengan abang encik untuk pindah hak milik kemudian nanti.

      1. Assalamualaikum..

        Sy juga mempunyai masalah seperti En Nuri. Persoalan sy,

        1. Selepas melaksanakan pemindahan hakmilik kereta di JPJ, bolehkah sy melakukan NCD kereta lama (atas nama bapa) ke kereta baru (atas nama sy)?

        2. Adakah sebarang pembayaran dikenakan dalam pemindahan NCD?

        Terima kasih.

        1. w’salam. Cik Fatin, Selamat hari raya…
          Untuk tranfer ncd hanya keatas nama sendiri sahaja yang boleh buat. Kalau nama org lain, sama ada atas nama ayah ke nama anak, tidak boleh.

          *saya harap dapat membantu, sebarang kemusykilan wassap saya 0139443989.

  20. ZAMRI YATIM says: Reply

    Salam encik…..sy nk ty soalan….. ncd kereta sy 38.3%…..bagaimana pun di dlm geran kereta semasa renew roadtax terbaru pihak JPJ telah menukar no i/c sy dari i/c tentera kpd no i/c awam. Adakah ncd kereta sy akn jd kosong,?? sy juga tidak dpt check ncd kereta dgn mngunnakn i/c baru. tq

    1. W,salam… boleh tuan, kalau nk renew kena masukkan dua2 no ic tu.. tak de masalah.. boleh je buat. Tak akan jadi kosong boleh dapat balik ncd 38.33% tu kalau agent insurance tu berpengalaman.

  21. shahrul affendy says: Reply

    salam,en..saya ada sebuah kereta viva yang sudah expired insurans dan ncd ada 38.3%. Boleh tak saya renew terlebih dahulu viva tersebut untuk mendapatkan nilai ncd 45% dan kemudiannya baru transfer ncd 45% viva tersebut kepada kereta baru saya..sekian

    1. W’salam…
      Boleh… tp untuk dapatkan 45% ncd mesti tempoh insurans cukup setahun selepas renew.

  22. Muhammad Marwan Bin Abdul Latiff says: Reply

    Assalamualaikum Sahabat ALISRAQ,
    Maaf, saya ada satu pertanyaan untuk kepastian.
    Adakah saya akan dapat ‘refund’ dari kedua-dua buah syarikat insurans ?
    Maksud saya, ‘refund’ dari syarikat insurans kereta lama (Ikhlas) dan kereta baru (Zurich), yang telah dibayar sekaligus dengan harga kereta?
    Untuk pengetahuan sahabat, saya sudah dapat ‘refund’ dari Takaful Ikhlas, adakah saya perlu tunggu atau lupakan ‘refund’ dari Zurich Takaful?
    Saya amat hargai jasa sahabat.
    Terima kasih.

    1. w’salam.

      kalau buat refund dgn dua2 buah company insurance mesti dapat dua2.

  23. ismail kasa says: Reply

    Assalamualaikum, En … saya sudah menukar NCD kereta lama 55% ke kereta baru dan sudah mendapat pulangan wang 55% . Untuk renew tahun kedua adakah masih ada lagi NCD 55% tu ? , terima kasih.

    1. w’salam, ya untuk 55% ncd dah maksimum. Tak ada peningkatan selepas dari itu.

  24. salam tuan, saya nak Tanya sikit, saya ada 2 buah kereta, kereta lama proton satria ncd 55%, dan kereta baru produa alza 0%. Alhamdulillah pertukaran ncd Berjaya saya buat dan mengurangkan kos perbelanjaan renew insuran untuk kereta baru tersebut selama 3 tahun. baru-baur ni saya terlibat kemalangan dan telah buat claim dengan pihak insuran.. so ncd saya akan jadi 0%. persoalan saya, boleh kah saya buat pertukaran ncd buat kali kedua dengan kenderaan lama yang sama iaitu proton satria tadi sbb ncd dah meningkat sebanyak 35%… beri pencerahan tuan..

    1. ok dah replt.. tqsm

  25. salam tuan, saya nak Tanya sikit, saya ada 2 buah kereta, kereta lama proton satria ncd 55%(etiqa), dan kereta baru produa alza 0%(zurich). Alhamdulillah pertukaran ncd Berjaya saya buat dan mengurangkan kos perbelanjaan renew insuran untuk kereta baru tersebut selama 3 tahun. baru-baru ni, produa alza saya terlibat kemalangan dan telah buat claim dengan pihak insuran zurich.. so ncd saya akan jadi 0%. persoalan saya, boleh kah saya buat pertukaran ncd buat kali kedua dengan kenderaan lama yang sama iaitu proton satria tadi sbb ncd dah meningkat sebanyak 35%(etiqa)… minta pencerahan tuan.. tq 🙂

    1. boleh, tp pastikan tempoh insurance untuk satria cukup setahun baru dapat ambik ke alza 25%. kalau tak cukup setahun tak ada ncd atau ncd 0%

  26. Salam tuan…saya nk tanya..sy ada 2biji kereta..satu wira dan satu lgi vios..dua dua nama sy..so,ncd wira skrng 38.33% manakala vios skrang ncd 0℅…bulan 4 nanti..dua2 keta sy mati insurans..jd wira dah 45% dan vios 25%..boleh sy ke pindah ncd wira ke vios tuan?wira 3rd party dan vios 1st party

    1. Boleh, Renew dulu vios ambik 45% wira & 25% vios mskkn ke wira.. pastikan ada covernote yg sekarang untuk rujukan semasa renew kerana perlukan no covernote dan tempoh insurance tang betul.

  27. Salam tuan. Saya nak tanya. Sy ada kereta myvi (lama) dan kereta alza (baru).
    NCD 55% myvi dah transfer ke alza.
    Cuma nak tanya, kalau nak renew insurance myvi (tahun 2010) camne ye? NCD dah jd 0%.
    Agak mahal dari tahun sblumnya la kn.

    1. w’salam.
      Ya cik dia agak mahal dari sebelumnya. tapi sebenarnya ia dah menjimatkan. sebab kalau cik tak ambil ncd55% myvi ke alza, cik kena spent lagi byk kos untuk renew insurans kedua-dua kete ni. Contohnya mcm ni ya.
      kete alza market sekarang rm50k ncd 0%, katakan harga insurans rm2000. Ambik ncd myvi jdi +- rm900.
      kereta myvi market sekarang rm20k ncd55% katakan insurans rm330. bagi 55% ke alza jadi rm700.

      kesimpulannya:
      kalau cik tak ambil ncd myvi ke alza cik kena spend dlm rm2330.
      kalau ambil cik sprnd dlm rm1600 je.
      contoh dia mcm ni lah.

      Jadi saya bagi tip sikit ya. Skrg ni dah start liberisasi insurans. Cik kena bandingkan harga. sebab liberlisasi ni syarikat insurans ada tarif insurans sendiri. dah tak mengikut tarif yang ditetapkan oleh Bank Negara lagi. Jadi kat sini cik kena bijak lah memilih lah. sebab kadang harga boleh beza puluh2, ratus pon ada. Nk pilih insurans tengok dari segi servis, & claim jugak. kena tau reputasi syarikat insurans. kalau terlibat kemalangan, repair hantar kr perodua terus. Jangan hantar bengkel panel luar ya. kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh direct call kami 0139443989.

  28. salam tuan…baru2 ni saya telah jual kereta lama saya proton waja…NCD ad 55% untuk kereta tersebut..roadtax dan insurance dah mati…owner baru pun sudah tukar milik dan beli insurance baru..macam mana cara sy nak ambik NCD proton waja tersebut dan pindahkan ke kereta yg sy guna skrang…kereta sekarang bulan 7 baru mati roadtax dan insurance…

    1. w’salam,
      Encik boleh transfer sekarang bawa salinan insurans kereta yang lama ke cawangan syarikat insurans kereta baru. Sekiranya kereta roadtax kereta lama yang telah dijual expired melebihi kereta baru, encik ada pilihan boleh buat semasa renewal insurans nanti. terima kasih.

  29. Salam tuan,
    Saya ada kereta lama kancil yg dah tk renew insurance lagi sbb kereta dah tk pakai. Last insurance tahun lepas august2017 dan ncd seterusnya 30%. Camana saya nak transfer ncd ni ke insurance kereta baru saya. Skrg ni insurance kereta baru dah jalan 0% dr awal mar 2018. Harap tuan sudi membantu.

    1. w’salam encik,
      Kes encik boleh pergi terus ke branch terdekat syarikat insurans kereta baru, dan bawa salinan insurans kereta lama untuk rujukan.

  30. salam tuan..tahun lepas bulan 12 saya ada beli kereta baru hilux atas nama saya..ayah saya ada kereta kancil atas nama dia dan ada ncd 55%..boleh ke ncd kancil tu pindah ke kereta saya?

    1. w’salam.
      tak boleh Encik, ncd hanya boleh tukar atas kereta yang nama & no i/c sendiri sahaja. Nama orang lain ataupun kenderaan daftar atas nama syarikat sendiri pon tak boleh.

  31. salam tn
    saya ada beli ALZA used.. dealer janji nak transfer NCD kereta lama saya KENARI (insuran mati pada ogos ni) tp xbuat pon.. Alza dah guna 2 bulan dah… so skarang boleh transfer lagi tak NCD tu ke Alza dan mintak refund?
    mohon pencerahan dan bamtuan
    Terima kasih

    1. W’salam, Bos.
      Boleh, kalau kereta lama tu dah tukar nama boleh transfer terus ke kereta alza.

      kalau tidak tukar nama kena buat withdraw ncd dulu, kat sini ramai orang salah faham sikit. sbbnya kena bayar.
      Contohnya Bos dah renew kenari hari tu dengan ncd55% hari ni dah 6 bulan pakai dengan bayaran insurans ada ncd55%. Katakan esok bos nak
      ambik ncd 55% tu, jadi bermula esok juga bos kena bayar ganti ncd yang telah diambil tu sbb dah jadi 0%. Bayaran diambil kira esok sehingga tamat tempoh insurans.

      contoh: (refer covernote insurans Bos)
      Premium Insurans kenari Rm1000
      ncd 55% – rm550
      gross premium rm450 + gst (rm27) + duty stamp rm10
      = rm487

      jikalau Bos ambik ncd 55% ( bernilai rm550 pd kenari)
      katakan, Bos dah pakai 6 bln :550/365 x 180 (balance hari)
      =rm271.23 jumlah ni Bos kena gamti blk kat syarikat insurans sbb dah ambik ncd tu.

  32. Assalam tuan, saya nak bertanya, saya telah membeli motosika baru selepas menjual motosikal lama saya. Tetapi saya x ambil NCD motosikal lama saya untuk transfer ke motor baru. Soalan saya adalah :

    1) Berapa lama tarik luput NCD motosikal lama saya jika tidak digunakan?
    2) Boleh ke selepas setahun insuran motosikal baru saya tamat tempoh then sy renew insuran baru motosikal saya tersebut dan menggunakan NCD motosikal lama yang tidak digunakan selama setahun tadi?

    Sekian, semoga Allah merahmati tuan. Terima kasih

    1. W’salam, Tuan.

      tarikh luput insurans motosikal lebih singkat dari kereta. Motosikal ncd maksimum hanya 25%, iaitu, 0%, 15%, 20% & 25%.
      Mengambil dlm 4 thn. Jadi sekiranya tidak disambung melebihi setahun selepas roadtax mati, sama ada dijual ataupun tidak renew
      Ncd akan menurun secara berperingkat sama mcm pertambahanya mengikut tahun. Maknanya, sthn tidak sambung dari 25% ke 20%, turun lagi ke 15% jika tidak sambung..

      2. boleh, cari ajen yang sanggup buat. Urusan dia mudah shj.

  33. asssalammualaikum admin
    saya nak tanya,,saya ada kreta viva dah 8 tahun(roadtax and insurance xpired on bulan july,, sekarang beli kereta baru bezza baru pakai 4 bulan,,(roadtax and insuran renew on bulan november nanti) so saya nak tahu adakah perlu kita buat sekarang witdrawal ncd viva tu ke bezza baru,,,atau kena tunggu dekat tamat tempoh,yang mana dulu ye,,mohon pencerahan, terima kasih

    1. W’salam, tuan.
      kalau ikutkan dua-dua boleh. Tapi kalau nak senang, Nanti viva expired renew dengan 0% ncd. Nak renew bezza dan ambik ncd viva, kena bawa covernote insurans yang viva yang tahun sebelum tu (yang masih ada ncd, utk rujukan renewal). Dah siap sambung bezza. ambik ncd bezza 25% masuk ke viva. bawa covernote yang sebelum tu yang 0% ncd. Dapat jimat lagi. Kalu tuan tak faham boleh whatsapp kami wasap.my/60139443989. terima kasih.

  34. Zalani ahmad says: Reply

    Assalamualaikum,

    Bolehkan NCD milik kita di guna pakai pada orang lain tanpa pengetahuan tuan punya NCD,ini terjadi pada saya dimana NCD kereta lama saya telah di guna pakai oleh org yang tak dikenali.apa yang perlu saya lakukan ,mohon pencerahan .tk

    1. W’salam, tuan.

      tidak, ncd tidak boleh digunapakai oleh orang lain. NCD mesti atas IC/Passport dan no plat tuan punya dan tidak boleh di pindahkan ke no plat & ic/passport pemilik lain. Kecuali Tuan membenarkan seseorang menggunakan kenderaan itu tanpa tukar nama & kenderaan itu masih atas nama tuan. Sekiranya kereta lama tuan telah lama tidak renew insurans dan roadtax secara automatik NCD tersebut akan turun berperingkat mengikut tahun sehingga 0%. Ianya biasa berlaku sekiranya kereta telah dijual dan telah ditukarkan hak milik kepada pemilik baru. Pemilik asal tidak mengambil ncd tersebut sehingga sekian lama. Sekiranya tuan masih ada kemusykilan boleh bagitau saya ya. In sha Allah saya akan bantu.

  35. 1 NCD nak digunakan untuk 2 buah kenderaan, boleh ke?

    1. Tak boleh, tuan. Walaupun kedua-dua kenderaan itu kepunyaan dan daftar atas nama tuan. 1 kenderaan 1 ncd. System ncd berpandukan pada no. plat & no ic/Passport. Boleh check link https://www.mycarinfo.com.my/NCDCheck/Online. Terima kasih..

  36. Mohd Farhan says: Reply

    Salam Tn.
    Sy nk tanya,sy dah jual kereta myvi pada Januari 2018 tukar nama semua.roadtax n insuran akan tamat pada bulan 10 2018.pada 13Febuari 2108 sy dpt kereta baru Alza .skrang sy dah pakai hampir 3 bulan kereta Alza tu.sy ada beberapa soalan.sy br buat cancel insuran kereta lama (myvi) pada 12/4/2018.adakan sy akan dpt refund drpd kereta lama sy yg dah 45% NCD?Kedua,adakan sy perlu bawa covernote insuran lama(CHUBB) untuk transfer NCD ke syarikat insuran baru Alza(Takaful).Ketiga adakah sy juga akan dpat refund dari syarikat Insuran baru setelah NCD dipindahkan?sbb sy telah bayar insuran kerta baru dengan 0%NCD sbnyak +- RM1800.

    1. W’salam. Tuan.

      1) Tuan dapat balik refund balance insurance yang masih berbaki.
      2) Ya, bawak covernote kereta lama ke pejabat takaful. Dapat refund dari insurance yang baru setelah masukkan ncd 45% dari kereta lama.

      terima kasih.

  37. Assalamualaikum tuan,
    saya ada 2 kenderaan, A dgn ncd 55%, B dgn ncd 38.33%, kalau saya jual A, boleh ke saya transfer ncd A tu ke B?

    1. W’salam.
      ya boleh sebab Ncd A lebih tinggi. lebih jimat. Sekiranya premium insurans B tu mahal boleh mskkan terus ke situ. Tapi sekiranya tempoh B dah nak tamat & premiumnya sederhana lebih baik proses mase renew B nanti.

  38. MD FARUZ RIZAL says: Reply

    Assalammuaikum. Nak bertanya.. sy nak membeli kenderaan baru produa. Soalan sy bolehkah sy mengalih insuran 3 party kancil saya pada kereta baru utk dijadikan 1 party. ?
    Sekiranya boleh adakah caranya sama seperti diatas. Mohon pencerahan.

    1. W’salam..
      Boleh, walau pon 3rd party, tetap boleh.
      Caranya, sekiranya insurance kancil masih hidup. Abg kena buat withdrawal dulu insurance tu. Kena byr baki insurance yang tinggal sebab
      abg dah ambik NCD dia. Mase nk kluar kereta baru tu bagi surat witdrawal kancil tu kat salesman kereta baru untuk masukkan ncd tu.

      Terima kasih.

  39. zack kacak says: Reply

    salam tuan.
    sy ada kereta kancil tp dah jual tahun 2012 NCD 30%..
    satria pun dah jual tahun 2014 NCD 20%.
    boleh ke ambik NCD tu.. hahaha

    1. W’salam, bang.

      Ncd tu kalau lama sangat dia akan jadi kosong balik. Sebabnya sekiranya kita tidak guna setelah urusan jual beli
      kereta, setiap tahun dia akan turun berperingkat sehingga 0%.

  40. As salam tuan,
    Saya ada dua buah kereta, Perodua Kelisa dgn NCD 45% yg baru saja saya renew insuran Januari lalu.
    Sebuah lagi Honda Civic yang dibeli pada Jun 2017 dgn NCD 0%.
    Soalan saya, bolehkah saya transfer NCD Kelisa ke kereta baru saya yang akan luput insurannya Jun depan?
    Bilakah sepatutnya saya membuat pemindahan NCD ini?
    Adakah penalti akan dikenakan untuk insuran Kelisa?
    Adakah saya akan mendapat pampasan dari insuran kereta baru saya?
    (Kedua-dua insuran oleh syarikat yang sama)

    1. W’salam, bang.
      Boleh buat mase nak renew onda civiv pada jun nanti.
      Langkah yang pertama abg kena buat withdraw ncd kancil sebelum renew civic.
      Nanti abg kena ganti balik baki hari yang tinggal, so abg kena byrlah.
      Sebabnya masa renew kancil hari tu ada NCD 45% utk sethn (365 hari) jadi sebelum expired
      setahun anbg dah ambik, jadi dlm polisi tu akan jadi 0%, start dr abg buat withdraw tu kena byr jumlah dia.
      cara kira dia:
      tgk kat dlm polisi bhgn NCD, tgk rape yg less tu. bahagikan dengan 365 hari. darab dengan Baki hari yang tinggal
      sehingga tamat tempoh polisi kancil tu.

      yang ke dua, abg tak dapat pampasan sekiranya buat masa renew tu, tp abg dapat less harga premium insurans sebanyak 45%
      sebelum gst + stamp duty Rm10.

  41. Rabu Shahdan says: Reply

    kalo cover note insuran lame hilang mcm mne ye?tk ingat insuran ape syg ambil..

    1. Rabu Shahdan says: Reply

      assalamualaikum

      1. W’salam… Ya bang, apa yang boleh saya bantu?

    2. Abg boleh cuba whatsapp bagi no plat & no ic ke 0139443989. Saya cuba tolong tengokkan.

  42. assalammualaikum tuan,
    saya baru membeli sbuah kerta..blhkh sy nk trnsfer ncb kereta lama ke kreta baru..tetapi kereta baru tu ats nma isteri sya

    1. W’salam…
      Memang boleh sekiranya kedua-dua kereta itu tas nama yang didaftarkan sama.

      Terima kasih.

  43. O..xblh la kalau mcm tu…sbb kereta yg lama tu nma sy..

    1. Ya, bang. Klu nk buat transfer NCD mesti atas nama pemilik yang sama.

  44. ok tuan terima kasih..

    1. sama-sama

  45. pandikar penyu says: Reply

    Assalamualaikum tuan.. slmt berpuasa.. minta pencerahan, saya dah jual sebuah kancil pd tahun 2004 tetapi tidak membuat pertukaran hakmilik.. kereta tu masih atas nama saya dan ncd sudah 55%..
    Bulan lepas saya membeli kereta baru dan ingin transfer ncd tu kpd kereta baru.. bagaiman prosesnya sbb saya sudah lost contact dgn pemilik kancil tu.. terima kasih

    1. W’salam..
      Selamat berpuasa bang. Mula-mula, nak tau insurans kereta boleh terus call JPJ untuk dapat tau insurans apa kancil tu. Dah tau syarikat insurans, boleh pergi direct kat cawangan terdekat dan buat proses withdrawal. Dah selesai urusan withdrawal, boleh pergi direct ke branch insurance kereta baru utk buat refund & dapat balik 55% jumlah insurans yang abg bayar tu. Lagi cepat buat lagi bagus.

  46. Assalamualaikum tuan.
    Sy jual Kereta A & dlm prose’s tukar nama. NCD 55% & insuran tamat sept 2018.
    Sy juga dlm proses beli kereta baru B dan bercadang nk pindahkan NCD kereta A ke B krn lebih berbaloi.
    Katakan ms beli kereta baru, nilai insurance yg dibyr adalah penuh. Slps selesai tukar nm kereta lama, sy nk pindahkan NCD tu ke kereta baru.
    1. B/mn prosedur pindah NCD & dokumen yg diperlukan.
    2. Boleh dpt tk refund insurance ke atas kereta baru.
    3. B/mn klu sykt insurance kereta A & B berbeza. Adakah lebih rumit prosesnya.

    Tk tuan at as bantuan.

    1. W’salam..
      okey lepas tukar nama kereta lama, terus buat cancelation insurance policy tersebut.
      – document yang diperlukan covernote insurance kereta lama, klu tak ada pon tak apa sbb berurusan terus di cawangan syarikat insurance tersebut.

      Bila dah beli kereta baru, bila nk register bagi surat cancellation kereta lama. Mintak salesman kereta masukkan terus ncd tersebut. Walaupun bayaran insurans dah berkurang selepas transfer ncd, pastikan semak semula ncd dlm polisi kereta baru.

      -kalau proses cancellation buat sebelumbeli kereta baru lagi mudah. kalau tak, cuma kita kena pergi syarikat insurance yang berlainan. Tu je beza dia, procedure tetap sama.

      terima kasih. harap dapat membantu.

  47. Asalamualaikum tuan…
    Sya nk tnye,pd awl thn hritu sya bru tukr kreta A kpda kreta B ….ncd A 55%(mmg x pnh gna ncd)dn sya dbrtahu oleh agen pnjualn kreta B bhwa sya akn dpt rfnd ncd dlm 1k lbh…..ape yg mnghairankn sya,stlh lma mnggu rfnd ncd,sya hnye dpt rm200 lbh shja….untuk mklumn tuan,urusan ncd diuruskn oleh phk yg mnjual kreta B trbabit..dia jga brthu sya yg dia dh byr phk insrnce untuk uruskn proses rfnd ncd trsbut..mhon pncerahan dr phk tuan…terima ksh…

    1. W’salam…
      Mcm ni ya bang, sepatutnya case refund (transfer NCD) bayaran duit refund pihak insurans tidak boleh diberikan tunai kepada pihak lain, melainkan pihak insurans mengeluarkan cek ataupun bank in terus ke dalam akaun pemilik kenderaan tersebut. Jikalau abg buka insurans kereta B dgn 0% ncd.

      ataupun sekiranya membuat transfer ncd pada proses pembelian kereta B, abg tidak akan terima duit sebaliknya policy kereta B akan berkurangan sebanyak 55% premium. Maknanya abg bayar insurans tersebeut kurang dari separuh.

      cuba abg minta surat selepas buat refund. atau covernote baru selepas refund. bandingkan harga antara sebelum dengan selepas refund. itulah jumlah yang sepatutnya abg terima. dan proses refund tak perlu bayar apa-apa kepada pihak insurans… kecuali kereta A masih milik abg & mase beli kereta B tu insurans dia masih valid. itu kena bayar kepada syarikat insurans. kalau tidak abg akan dapat amaun penuh.

  48. Assalamualaikum tuan dan selamat berpuasa tuan ,..

    Saya nak mohon pencerahan , saya ada kereta pesona yang NCD 55% atas nama saya sendiri dan telah di renew insuran pada bulan april 2018.Sekarang saya dalam proses membeli honda city dan di jangka keluar dalam bulan Jun 2018. Adakah saya boleh mohon utk pindahkan NCD kereta lama kepada kereta baru nanti? Dan Macam mana ya caranya tuan ???

    1. w’salam…
      boleh. pertama sekali buat withdrawal sekiranya kereta persona tak dijual dan tak tukar hakmilik. Sebelum kereta honda city tu daftar. Abg kena buat urusan withdrawal di cawangan syarikat insurans kereta persona & kena bayar baki insurans yang valid tu sebab dah ambik discount dia. bila dah selesai, bwk surat withdrawal tu dan berikan kepada salesman honda city untuk buka policy city dengan ncd persona. Best la, abg dapat beraya kereta baru. selamat berpuasa & selamat maju jaya.

  49. Salam.nak tya.saya ade saga yg sdh tamat tempoh insuran dan ade ncd 55%.sy x renew lg sbb nk buat pundahan ncd ke exora yg akan tamat tempoh insuran raya ni.insuran exora tinggi.jd cammn sy nk bt pindahan tu yer.

    1. W’salam, Kak.
      Kalau saya dah tamat insurans, betul dah kak. Tak perlu sambung lagi sementara nak buat insurans exora. Mase nk renew insurans exora, akak bagitau nak ambik ncd kereta saga. Bagi salinan insurans saga kat org yang buat insurans tu. Mudah shj kalau dh mati. kalau masih hidup tu yang rumit sikit. Harap dapat membantu ya kak.

  50. Salam tuan.
    Saya ada kereta Vios diatas nama saya dgn NCD 55%. Isteri saya dalam proses membeli kereta baru diatas namanya. Bolehkah NCD 55% kereta Vios dipindahkan ke kereta baru isteri saya setelah pindahmilik kereta Vios ditukar atas nama isteri saya?

    1. w’salam.
      Tak boleh bang. Kes mcm ni saya pernah ulas dalam komen sebelum ni bang. Ncd hanya boleh guna untuk diri sendiri je bang. Tak boleh tukar kepada org lain walaupun isteri. Semoga dipermudahkan urusan abang dan keluarga. Amin.

  51. Assalamualaikum tuan,

    Salam Ramadhan. Tumpang tanya.

    Kereta lama saya Perodua Myvi dgn NCD 55% dan kereta baru saya yang dibeli pada bulan April 2018 pula ialah Grand Livina dengan NCD 0%. Semasa beli kereta baru, saya tak pindahkan NCD sebab tak tahu caranya. Persoalannya, bolehkah saya pindahkan NCD Myvi lama saya kepada Grand Livina pada masa sekarang atau perlu tunggu bulan April tahun depan (2019)?

    1. W’salam, akak.
      Selamat hari raya…
      Boleh, akak buat withdrawal (ambik ncd & byr ganti baki premium insurans) ncd kereta myvi. Ambik surat withdrawal tu bwk ke syarikat insurans kereta G. Livina tu untuk buat refund. Dapat jimat sikit sbb harga G. livina lebih tinggi dr myvi.

      harap dapat membantu.. terima kasih

      1. Assalam..selamat hari raya..

        Nak tanye lagi..

        maksudnye akak tak perlu tunggu bulan April 2019 la ye tuan?

        Kedua-dua kereta ni menggunakan syarikat insurans yang sama iaitu Etiqa..

        Camane cara pengiraan utk bayar ganti baki premium insurans tu tuan?

        Kite boleh buat transfer NCD secara online tak tuan?

        1. W’salam, ya akak. buat sekarang dapat refund blk tp tk penuh. refund bermula dah msk ncd tu je. Tak boleh bt online kak, kena ke cwangan terdekat.

          1. ooo..kalau kedua-dua guna Etiqa maksudnye akak boleh terus buat untuk kedua2 kereta di cawangan yang sama ye tuan?

            Dokumen ape yang akak perlu bawa ye?

            Lepas da transfer NCD tu akak boleh tukar nama / jual terus kereta myvi tu ke tuan?

  52. Assalammualaikum tuan..
    Sy dalam proses membeli kereta baru pada jun ni dan sy mempunyai kereta viva yg akan dijual. Insuran kereta viva sy baru direnew pada april 2018. Jd sy nk mohon pandangan tuan, apakah langkah yg perlu sy lakukan untuk pindah ncd viva ke kereta baru yea..

    1. W’salam, Cik Ayu.
      Setelah jual viva , buat cancellation insurans untuk dapatkan balik balance duit yang kita bayar setakat tarikh yang kita guna insurance tersebut. Dapat balik ncd untuk pakai kat kereta baru just bagi cancellation letter.

  53. Salam..nak tanya…betulkah pemindahan NCD dr kereta lama ke kereta baru kena bayar??

    1. Assalam… selamat hari raya.
      Sekiranya abg tak jual kereta lama, & insurans kereta yang abg nak ambil ncd masih effective abg kena byr ‘balance’ premium kpd syarikat insurance sebagai gantian premium kerana discount semasa ada ncd. Jumlah abg kena refer syarikat tersebut.

      2. Bagi urusan trnsfer biasanya tidak ada sebarang charge.

      saya berharap dapat membantu. terima kasih.

  54. Salam sejahtera tuan,
    Apakah kos2 yang terlibat dalam proses memindahkan NCD dari kereta lama ke kereta baru?
    Sekian, terima kasih.

    1. Salam sejahtera bang.
      Sekiranya abg tak jual kereta lama, & insurans kereta yang abg nak ambil ncd masih effective abg kena byr ‘balance’ premium kpd syarikat insurance sebagai gantian premium kerana discount semasa ada ncd. Jumlah abg kena refer syarikat tersebut.

      2. Bagi urusan trnsfer biasanya tidak ada sebarang charge.

      saya berharap dapat membantu. terima kasih.

  55. Chan Sok Feng says: Reply

    Hi, nak tanya bahawa
    Saya beli kereta avanza di bawah nama abang dan abang saya beli kereta myvi di bawah nama saya. kedua-dua kereta sudah habis bayar . Masalahnya saya mahu beli kereta baru.
    1. Nama kereta avanza mahu jual. Abang tinggal di JB, saya mahu guna balik ncd saya, bagainmana cara untuk menyelesaikan? kalau tukar hak milik , saya sudah mahu jual kereta avanza ini, buat belilagi insuran baru ke?
    2. kalau saya beli kereta baru dengan ncd baru, boleh saya dapat ncd kereta myvi saya selepas abang saya tukar hak milik kenderaan?

    1. hi, Salam sejahtera.
      1. Jual kereta avanza & pastikan trus tukar nama kpd pemilik baru. Sekiranya insurans masih ada baki hari terus buat ‘cancellation’policy insurans.
      2. Buat tukar nama myvi ke atas nama abg, buat cancellation insurans.
      3. Buka insurans myvi atas nama abg & ambil ncd dari avanza. (Selesai kes myvi)
      4. Semasa beli kereta baru, cik bagi covernote myvi atas nama cik ataupon cancellation letter kepada salesman untuk transfer ncd tersebut. (biasanya free, tp atas budi bicara)

      Sekiranya cik kurang faham, boleh call saya 0139443989 (Ismail)

  56. mohd firdaus says: Reply

    saya nk tanya.. saya ada 2 kereta alza ncd 38%…Wira ncd 55%…kemudian saya beli kereta camry 2. 5 dan insuran menggunakan ncd alza 38%.. kereta camry saya terlibat kemalangan.. dan org yg accident tu guna insuran saya utk repair kereta dia.. jadi ncd saya jadi 0% balik la kan…. bulan august ni roadtax saya mati… boleh ke saya guna ncd wira pulak utk cover ncd camry saya ni.. sebab tadi dah jadi 0% sebab org yg accident tu dah guna…

    1. ya bang, boleh. asal atas nama yang sama boleh.

  57. Assalamualaikum. 1 nama pakai 5 bji kereta baru.brpa ncd seterusnya.

    1. W’salam,
      saya tak berapa jelas dengan maksud soalan abang. Tapi saya cuba jelaskan jugak ya.
      Macam ni, katakan.

      kereta A adalah camry baru ncd0%
      kereta b adalah hilux dah 3 tahun ncd 30%
      kereta c kereta vios 6 tahun 55%
      kereta d myvi 7 tahun tp ncd55%
      kereta e kancil, 18 tahun katakan ncd55%

      Setiap kereta ada ncd masing-masing berpandukan pada no pendaftaran setiap kereta tersebut walaupun pemilik yang sama.
      Jadi sekiranya,
      kereta camry ataupun hilux terlibat kemalangan dan membuat tuntutan insurans lalu menyebabkan kehilangan ncd menjadi 0%.
      Jadi tuan boleh menggunakan ncd-ncd yang ada pada kereta lain yang berdaftar atas nama tuan. Sekiranya berdaftar atas nama syarikat
      milik tuan tidak boleh digunakan. Jadi tuan boleh menggunakan ncd dari kereta kancil atau pon yang nilainya lebih rendah kerana lebih berbaloi..

      terima kasih, harap dapat membantu.

  58. assalamualaikum
    saya nak trade in myvi 2013 (ncd 38.33%) ke kereta baru myvi 2018. Current Policy Period of Cover akan tamat pada 11/12/18. adakah saya akan dapat refund utk transfer ncd ke kereta baru nanti? tq.

    1. W’salam… ya dapat refund nanti untuk ncd 38.33%.

  59. suhana md isa says: Reply

    salam.. mtk tolong pencerahan.. sy beli kereta baru brv.. apply loan kiraan sekali dengan full insurance rm2463.50.. loan da approved dan dah sign agreement.. skrg deposit rm9k.. agent ni kata transfer ncd dia kira tolak dari deposit.. ncd kereta lama viva 55%..

    mengikut kiraan saya:
    2463.50 x 55% = rm1354.93

    jadi agent patut tolak deposit sy:
    9000-1354.94= rm7645.06

    Masalahnya skrg ni agent tu kira seperti dibawah:

    2463.50- 1354.93 (55%ncd) = rm1108,57

    jadi deposit:
    9000-1108.57= 7891.43

    ke saya yang salah faham cara kira NcD? mengikut fahaman sy.. sy byr insurance full 100%.. jadi ncd 55% tu patut dipulangkan pd sy.. puaslah saya terangkan agent ni kata ncd ni kiraan mengikut cc kereta.. mcm mana saya nk selesaikan masalah ni.. dah la dia tak transfer ncd sebelum apply loan.. haishh

    1. W’salam, Puan.
      bagi nk kira ncd, Ambik nilai Gross premium dekat dlm covernote insurance.
      Tak boleh ambik nilai nett ataupon jumlah keseluruhan kita bayar harga insurance.
      Sebab ncd hanya ditolak dari jumlah premium sahaja.
      Kalau masa ada gst. Premium + gst + stamp duty(rm10)= Jumlah harga insurance perlu dibayar.(tolak gst sekiranya dimansuhkan)
      Kalau akak nak mintak saya tolong kirakan boleh bagi salinan covernote?

  60. Shahrizal Abd Halim says: Reply

    Assalam tuan. Baru ni saya beli kereta honda city baru dan telah didaftarkan pada 21 jun 2018 dan nilai insuran RM 2,7++.00. Dan saya telah mengambil NCD kereta lama saya iaitu wira yg telah mencecah 55%. Kereta wira saya juga telah tamat insuran pada 1 julai 2018. Berapa nilai anggaran pulangan yg saya akan terima.
    Terima kasih

    1. W’salam…
      Sekiranya urusan dibuat secepat yang mungkin dpt dlm rm14xx.. mungkin.. saya tak berani ckp sbb tgk pada case.
      Kalau transfer ncd dibuat terus pada 1 Julai mungkin jumlah dia mcm tu yang abg akan dapat. Harap dapat membantu. terima kasih.

  61. Assalamualaikum.. Terima kasih admin kerana sudi memberikan penerangan berkaitan NCD ni..

    Soalan saya, berape lame proses yang diperlukan untuk cancelkan NCD daripada kereta A kepada kereta B?

    1. W’salam,
      Proses withdraw hanya satu hari biasanya dah saip. Kalau nak transfer ncd tak perlu cancel tapi withdrawal kecuali nak jual dan insurance masih lagi ada berbaki.

  62. Assalam bang.
    Terima kasih sbb ada web ini. Semoga abg pjg umur dan dimurahkan rezeki selalu.

    Saya beli kereta baru axia. Kete tak kuar lagi mungkin lepas 10/08/2018.

    Kereta lama saya kelisa akan tamat insurance pada 04/08/2017. Tapi disebabkan saya akan transfer ncd pada axia, saya perlu bayar premium bermula 0% balik utk kereta kelisa ni anggaran 6++ (agent cakap).

    Boleh tak saya renew dulu kelisa ncd 55%. Kemudia baru saya transfer pada kete axia. Ada bayaran tambahan ke nanti?

    Tq

    1. W’salam,
      sebaiknya renew terus kelisa dengan 0% ncd. Kerana hanya beberapa hari saja kereta baru nk keluar. Nanti agak rumit nak buat withdrawal ncd. Dah kebetulan kelisa expired dulu & dekat dah kereta baru nak keluar adalah terbaik ikut nasihat seperti agen tersebut. Saya pon akan suggest seperti berikut. lagi mudah. Sebenarnya lagi jimat. Tapi mungkin Encik tidak nampak. Cuba encik tanya msk website kereta tersebut & buat pengiraan. (Jumlah insurans – rm10 ‘duty stamp’) Lepas tu tolak dgn 55%. jumlah insurance tadi – dengan nilai ncd 55% tadi.

      contoh:-

      harga insurans rm2340 – rm10 = rm2330
      rm2330-55% = rm1281 (nilai ncd 55%)

      Jadi,
      Insurans ncd0% = rm2340
      Insurans ncd55% = rm1059

      Penjimatan boleh cover nilai renew insurans kelisa. Bagi saya, duit yang keluar tetap duit encik, cuma rm600 tu keluar dulu. itu yang mungkin nampak banyak.
      terima kasih, harap dapat membantu.

  63. Assalamualaikum….
    Sy ada satu situasi mcm ni.
    Sy bercadang nak beli kereta terpakai dalam masa terdekat. Kereta lama saya sebelum ini ada NCDnya sebanyak 55%. Bolehkah sy transfer NCD kereta lama saya tu ke kereta baru (kereta terpakai)? Kalau boleh….mcm mana prosesnya.
    Terima kasih.

    1. W’salam, Bos.
      Kes mcmni saya dah byk ulas dlm komen-komen sblm ni… sama je bang proses dia. Cume kalau kereta lama tu lebih mahal harga dia saya nasihatkan tak perlu buat. Kalau harga kereta baru tu lagi mahal, boleh buat transfer ncd. terima kasih.

  64. salam………….kereta kelisa terlibat kemalangan pada 16.5.2018……selepas claim insuranse dan repair saya jual kereta ni,insurance expired pada 23.3.2019, kemalangan ada melibatkan injury pada pihak ketiga(motosikal).soalan saya, sekiranya saya menamatkan insurance sekarang untuk mendapatkan refund baki insurance, adakan akan mengganggu proses tuntutan pihak ketiga untuk claim insurance ,soalan kedua adakah masih ada lagi baki ncd kelisa untuk dibawa ke kenderaan baru.

    1. w’salam puan,

      kalau dah tukar nama dan jual boleh cancel shj. Tapi kalau cancel nak ambik ncd mmg tak dapat sbb dah claim.. Kalau ada sebarang claim melibatkan kebakaran, hilang & terbakar atau third party claim, memang ncd akan 0%. Terima kasih ya puan, harap dapat membantu.

      1. Salam abg,
        Mohon pencerahan. Skarg suami pki sorento dh 4 thn n blm habis byr lg. NCD tak pernah claim. Skarang dia nk beli kereta baru. Kira tambah kereta lah. Blh ke NCD sorento pindah ke kereta baru? Jadi dia byr balance je. Sorento n keta bru nama dia. Terima kasih

        1. w’salam, okay dah reply kat atas ya puan..

  65. Bagaimana proses pemindahan NCD dilakukan?saya sudah jual kereta saya kepada owner yg baru dan saya nak pindah NCD kereta tersebut kepada kereta saya yang kedua. Proses penukaran sudah dilakukan di JPJ.

    1. w’salam, okey.
      macam ni bang. Buat pembatalan policy kereta lama yang atas nama abg. Dapatkan cancellation letter bawa ke swyarikat insurans kereta baru. terima kasih..

  66. Mohd Azizan Bin Ali Yusop says: Reply

    salam tuan..
    Baru2 ni saya trade in kereta. Klu cek ncd kereta lama dalam 55%
    1. Insurans kereta lama (lonpac)
    (23/3/2018- 23/3/2018)
    2. Kereta baru (tokio marine)
    30/7/2018- 30/7/2019
    Saya cuba untuk transfer ncd tapi kena bayar pula.
    Macam mana cara nya untuk tidak kena caj? Dan sekiranya kereta lama sudah ada pemilik dan tukar nama? Adakah automatik ncd sya hilang?

    1. w’salam,
      Kalau kereta lama dah tukar nama buat pembatalan policy atas nama encik. Dapatkan cancellation letter tu bawak ke cawangan tkio marine insurans untuk masukkan ke kereta baru. terima kasih..

  67. Assalamualaikum sy nk tanye mcmne nak pindah kn NCD kereta lame ke kereta baru tpi kereta sy dh jual dh tukar nama. Apa yg perlu saya buat? Boleh lagi ke pindah ncd?

    1. W’salam.
      Boleh selagi ncd tu masih ada, (kalau ncd 55% dah 6 tahun jual biasanya dah habis ncd). Mcm ni, bawa covernote insurans yang ncd 55% kereta lama tu ke cawangan dan bagitahu untuk transfer ke kereta baru. terima kasih.

  68. assalamualaikum..
    saya dah jual kereta saya…ncd semasa saya 38.8…buat masa sekrang saya tk bercadang lg untuk mndptkan kereta…..apa yng petlu buat berkenaan ncd tersebut…adakah boleh claim by tunai atau mcm mna…mohon penjelasan

    1. W’salam…
      Kalau insurance tu masih hidup, pergi ke syarikat insurans kenderaan tersebut dan buat pembatalan policy dan bagitau nak claim sekali dengan ncd sbb dah tak nak pakai. terima kasih.

  69. Salam..sy ada kereta lama pesona ncd 55%. Kalau nk transfer ke kereta baru, boleh ke kereta lama tu tanpa insurance? Atau kereta tu kena ada insurance dan guna syarikat yg sama?

    1. w’salam,
      Boleh je sis nak transfer ke kereta baru. Mcm ni cara dia.
      Kalau kereta lama persona tu buka insurans mcm biasa tapi dengan 0% ncd. Mana2 insurans pon tak apa. terima kasih.

  70. Salam. Suami sekarang pki sorento dan masih dalam loan. Dh pki 4 thn n tak penah claim NCD. Dia nk beli kereta kedua baru. Kira tambah kereta. Boleh ke NCD sorento dipindahkan ke kereta baru dan tambah duit sedikit? Dan dia beli insurance baru untuk sorento?

    1. w’salam, semoga puan makin bertambah rezeki..
      Macam ni, boleh jer nak ambik ncd daripada sorento tu. tapi biarlah kereta baru tu nilai dia lebih mahal dari sorento. barulah berbaloi.
      Kalau insurans sorento masih belum expired kena buat withdrawal & kena bayar baki bilangan hari yang masih effektif tu. Kalau dah expired tak perlu withdrawal dan byr boleh terus buat insurans sorento tu dengan 0% ncd dah ncd yang sorento tu ke kereta baru. terima kasih.

  71. Salam Tuan yg budiman. sy ada persoalan berkenaan ncd. Sy baru beli kereta kia rio pada awal bulan 8. sy telah pun byr insurans ncd 0% utk kereta baru sy.

    Dalam masa yg sama, sy ada kereta kancil yg ncd nya 25% (third party insurance). kereta kancil tu sy dah jual dekat saudara cuma urusan tukar nama masih belum dibuat sbb tggu roadtax mati bulan 10.

    Persoalan sy,
    1. Bolehkah sy transfer ncd kancil tu kepada kereta baru sy? Jika ya, apakah proses yg perlu sy buat? Adakah sy perlu byr baki insurance kancil sy utk cancel insurance tu dan transfer kepada kereta baru?

    2. Adakah lebih mudah jika sy tggu utk buat transfer ncd pd bulan 10 nanti lepas buat urusan tukar nama kereta setelah roadtax kancil telah tamat.

    Mohon pencerahan Tuan yg budiman. Terima kasih byk!

    1. w’salam,
      1. Boleh je nak ambik ncd tu. Nak senang, nanti dah nk expired kancil tu remind kat saudara tu buka insurans dengan 0% ncd. kalau dah ada 25% sblm ni dia akan jadi 30% pada okt nanti. lepas je mati terus buat transfer ncd ke kereta rio tu.
      2. Kalau ikot pada cara kat atas tak perlu bayar sebab dah tunggu expired kancil baru buat. kalau trnsfer sekarang, kancil belum expired kena bayar…
      Terima kasih…

  72. Assalamualaikum saya baru je renew insurans keta ncd 55 tapi skrang ni tengah tunggu keta baru tapi tak pasti kena tunggu berlama kalau dah keluar keta baru ncd pindah jadi saya harus kena bayar balik ke insurans yng baru saya buat ni rm 355 ke keta baru terima kasih..

    1. w’salam… okey abg boleh nk withdrawal sekarg pon boleh mcm ni cara dia, abg buat withdrawal siap-siap, bila kereta baru dah nk keluar masa nak register tu bagi kat salesman untuk masuk ke policu kereta yang baru. kalau tak nak buat lagi, abg tunggu kereta baru keluar dan buat withdrawal kereta lama. Pergi ke cawangan terdekat syarikat insurans kereta baru & bawa sekali surat withdrawal untuk urusan tersebut. Terima kasih.

  73. aslm en. saya ada soalan.. kereta lama suzuki ncf 55%, beli kereta baru volkwagen ncd 0% sebab syarikat jual kereta tak buat. Hinggalah bila renew insuran baru saya perasan. Soalan saya boleh tak saya transfer ncd 55% suzuki tamat pd sep 18 kpd vw yg akan dpt ncd 25%..maknanya tukar ncd. nama sama. boleh jelaskan x.

    1. w’salam…
      Boleh… nanti dah tamat insurans sezuki tu, buka covernote baru dengan 0% ncd. Untuk msk ke VW tu bawak covernote insurans yang lama suzuki yang ada 55% (untuk rujukan) ke cawangan insurans kereta VW yg terdekat untuk mskkan ncd55%. Terima Kasih.

  74. MOHD TAUFIK BIN KAMARULZAMAN says: Reply

    Assalamualaikum tuan…Satu soalan nk tanya…sekarang saya guna saga blm..insuran baru buat kiranya 0% ncd masa beli dulu..insuran tamat pada 31/10/2018…saya rancang nk jual dan tukar nama ke owner baru pada tarikh 31/10/2018 nie…dan saya rancang untuk beli honda civic pada hujung bulan 1 2019…Soalan saya..lepas kawan saya dah beli renew roadtax..and beli insuran baru untuk dia..Lepas 3 bulan kan saya beli kereta baru..so..bolehkah saya nk dpt 25% ncd pada honda civic baru..atau xda ncd sebab saya mula beli insuran pon masa 0%…Mohon pencerahan..terima kasih

    1. W’salam…
      Macam ni bang.. kalau insurans cukup tempoh setahun akan ada kenaikkan. Kalau tak cukup Walaupon sehari tiada kenaikkan ncd. Dalam kes ni abg boleh dapat ncd insurans dah tamat setahun pada 31/10/2018 dapat 25%. Masa beli kereta civic nanti bagitau no plat kereta lama (saga). Terima kasih.

  75. Mohd Maswadie says: Reply

    Assalamualaikum tuan,

    Saya diminta syarikat kereta (baru) utk lakukan pindahan ncd (45%) sendiri dari kereta lama yg dah saya jual. Persoalan saya :
    1. Berapakah kos biasanya yg akan dikenakan kpd saya memandangkan kereta lama saya masih berbaki lg 8 bln ( april 2019) sebelum insuran & roadtax mati.
    2. berapa lamakah proses yang diambil?
    3. Berapakah bayaran yang dikenakan oleh agen syarikat takaful insuran (Etiqa Takaful)?

    Terima Kasih..

    1. W’salam.
      1. Saya tak boleh nk estimated cost sdd dia bergntung pad premium dah bilangan hari yang masih berbaki.
      2. Proses bergantung pada syarikat insurans tersebut, ada yang boleh siap terusn& ada yang ambil mase sampai 2 hari.
      3. Yang ni pon terpulang kpd agent. Kalau untuk pelanggan kami, tiada cas.

  76. Slm tuan, kalau nk pakai ncd kereta yg dah hilang boleh ke? Insuran expired jun 2018 hari tu.. tq

    1. w’salam.
      Kalau dah buat claim NCD dah jadi 0%.

  77. Salam tuan…Sy beli kereta baru thn lepas dgn insuran premium dn trade-in kereta lama tanpa transfer NCD ke kereta baru.Jika sy nk transfer NCD utk renew insurankereta baru pd thn ni masih valid @ tidak?dan adakah terdapat lebihan bayaran pada kereta baru yg telah diinsurankan pd thn lepas jika sy telah transfer NCD pd thn ini?terima kasih tuan

    1. w’salam…
      boleh buat terus urusan di cawangan insurans kereta yang baru tu. Terus masuk dalam policy dan akan dapat refund yang bilangan hari berbaki tu.

  78. salam saya nak tanya, boleh ke nak transfer NCD kereta lama (Kancil) ke kereta baru (Axia). tapi NCD kancil atas nama ayah saya..dan axia atas nama saya. atau perlu tukar nama dahulu

    1. w’salam.
      maaf tuan tak boleh buat transfer kalau lama orang lain walaupun ahli keluarga

  79. salam
    Kes saya…
    Kereta 1 saya tamat insuran pada 15.10.18. ncd 55 %
    telah eksiden pada 8.10.2018 terbabas sendiri.
    belum tuntut insuran dlm tempoh berkenaan. Pada 16.10 .2018 saya membeli kenderaan baru dan memindahkan ncd kereta 1 (55%) ke kereta 2.
    saya masih belum menuntut claim utk kereta 1. Soalan saya… apa akan berlaku sekiranya saya claim insurans utk kereta 1… dan adakah sah ncd utk kereta baru…

    1. w’salam…
      sekiranya tuan membuat report polis sebelum 15.10.2018 mungkin akan datang ncd tersebut akan terjejas.

      maaf saya lewat reply. Kesihatan saya agak terbatas buat masa ini.

  80. As salam, tuan berbaloi ke kalau pindah ncd wira 1996 ke grand livina 2013?
    Saya semak ncd wira 30% shj..

    1. w’salam…
      Berbaloi jugalah, sebab harga G. Livina jauh lebih tinggi berbanding dengan wira.

      terima kasih, maaf saya lambat reply. kesihatan saya agak terbatas buat masa ini.

  81. Salam cik sy beli kereta baru.. Kereta lama sy road tax tamat 30/10/2018 myvi dan kereta baru selang beberapa hari dari tarikh itu baru keluar.. Cmne nk kira ncd tu ye

    1. w’salam…
      Sebaiknya myvi tersubut buka dengan ncd0%. Apabila keluar kereta baru terus ambik myvi tu ke kereta baru. BAgi covernote insurance myvi yang lama ke salesman untuk rujukan nk masukkan ncd myvi ke kereta baru. terima kasih, puan… maaf saya kurang sihat dan dah agak lama tak update kat sini.

  82. Salam tuan

    Boleh tak sy dapat refund dalam bentuk cash jika kereta lama dijual pada orang lain dan ncd dah 30%.

    1. w’salam

      saya rasa boleh, tapi kena pergi terus ke cawangan syarikat insurance tersebut.

  83. betul ke, kalau kita dh renew insuran kereta lama yg sudah ada 55%, untuk withdraw, harganya mencecah 300 lebih…

    please.. 0182919420

    1. maaf, saya tak pasti perkara ni.

  84. Tuan,
    Terima kasih atas reply dalam website ni. Banyak membantu saya dapatkan info.
    Sy nak tanya,
    Kalau myvi nama saya, alza nama suami. Suami nak jual myvi dan ambil kereta baru. Jadi NCD alza nak tukar ke kereta baru, nama suami. NCD myvi tukar ke alza, nama saya. Boleh ke buat macam tu tuan? Terima kasih.

    1. Assalamualaikum.

      Boleh tukar ncd ke alza dengan syarat alza mesti pindah hakmilik nama puan dahulu. Pastikan Alza dah tiada tanggungan bank untuk proses tukar nama.

      harap dapat membantu. terima kasih.

  85. mohd yusof says: Reply

    Salam tuan
    mohon pencerahan
    kereta myvi saya insured dgn takaful ikhlas akan luput pd 28 Nov 2018 dan ncd nya 38%
    kereta nissan ug saya beli 3bulan lepas insuran nya dibwah sompro dan ncd 0%
    bagaimana saya nak transfer bg kereta nissan utk dptkan ncd yg kereta myvi iaitu 38%?
    bilakah kereta myvi saya perlu renew insurandgn ncd%?

    1. w’salam… sorry lambat reply, saya tak sihat.

      buat withdraw ncd myvi dengan takaful ikhlas, byr jumlah baki ncd yang masih ada. selesai buat withdraw, bawak surat withdraw ncd 38.33% dgn takaful ikhlas ke insurans berjaya sompo.

  86. Tuan…. saya bercadang beli kereta baru…. dijangaka pertengahan bulan disember kereta akan keluar…
    1. Bilakah masa sesuai untuk saya buat withdraw ncb kereta lama…
    2.dokumen apakah yang akan diberikan oleh syarikat insurans untuk saya berikan kepada salesman…
    3. Adakah withdraw ini boleh dilakukan diejen2 atau perlu pergi khusus kepada syarikat penyedia insurans tersebut

    Tq tuan….

    1. salam, saya mohon maaf lambat reply.. kesihatan saya agak terbatas.

      1. withdraw seminggu sebelum kereta baru keluar.
      2. surat withdraw ncd.
      3. boleh, tapi akan ada charge dari agen tersebut.

  87. Izzul Izzuddin says: Reply

    Ni nti ada charge ye untuk pindahkan insuran dari viva ke almera…
    Betul ke ada charge pindah ncd 55% insurance viva ke almera? Brape yer charge nyer??

    1. Salam, sorry lambat reply…

      charge bergantung sekiranya encik upah orang lain yang buat. sekiranya pergi sendiri ke cawangan insurance tak ada charge. Cuma sekiranya buat urusan withdraw kena bayar jumlah baki ncd yang telah diambil.

  88. Salam encik.sy ad mslh berkenaan dgn ncd.sy nye kereta ncd die dh 55%.tapi bile sy nk renew insurans td dapati ncd sy hny tgl 25%.kereta sy x pnh terlibat dgn kemalangan pun.pihak insurana ad anta surat pd sy utk remind buat insuran sebelum sampai tempoh aritu dan dlm surat tu tertulis jelas yg ncd ay ad 55%.yg menjadi mslh sy skrng sy x dpt renew insurans lg disebabkn mslh ini.sy ad berhubung dgn syarikat unsuran berkenaan dn semasa di semak memang ad ncd sy 55% tapi bile sy nk nk renew insurans ncd sy jd 25% balik.utk pengetahuan encik kereta sy memang x pnh terlibat dgn kemalangan dan ncd memang ad 55%.sy arap encik dpt membantu sy utk selesai kn mslh ini

    1. w’salam, cik. sorry lambat reply.

      untuk case cik boleh diselesaikan di cawangan insurans terdekat. boleh dapat balik ncd 555 sekiranya tiada apa-apa tuntutan.

  89. Assalammualaikum, kereta lama dahulu milik adik saya ditukar nama kepada saya, saya membeli insurans baru. Sekarang adik saya telah memiliki kereta baru, jdnya sekarang adik saya ingin memindahkan NCD dr kereta lama(milik saya) ke kereta baru. Insurans pun telah 3 tahun diperbaharui. boleh ke permindahan NCD dilakukan walaupun insurans dah 3tahun diperbaharui.

    1. w’salam, sorry lambat reply.

      untuk case adik encik, kena check nilai ncd semasa. kerana ncd akan turun setiap tahun sekiranya tidak digunakan. sekiranya masih ada nilai ncd yang berbaki, masih boleh digunakan untuk kereta adik encik.

  90. Assalamualaikum, Saya baru sahaja memperbaharui insurans kereta lama pada 25 November lalu debgab NCD 55 peratus. Saya bercadang untuk transfer NCD ke kereta baru pd Disember ini. Pertanyaan saya ialah berapakah kos yang saya perlu bayar untuk transfer NCD yang insurannya belum sampai sebulan. Kedua adakah berbaloi untuk transfer NCD itu. Untuk pengetahuan Tuan quote insurans untuk kereta baru adalah sekitar RM 3 ribu. Terima Kasih.

    1. w’salam, sorry lambat reply.

      Bagi kes Encik, untuk insurans kereta lama boleh buat withdraw & bayar balik nilai ncd yang berbaki, transfer ke kereta baru. berbaloi sekiranya kereta baru lebih tinggi nilai dari kereta lama. sama-sama.

  91. Mohd hussein says: Reply

    Assalamualaikum
    Soalan sy insuran kereta lama 3rd party ncd 45% boleh ke transfer ke kereta baru tukar ke 1st party

    1. w’salam, sorry encik saya lambat reply.

      boleh je encik nak buat transfer ncd daripada 3rd party ke 1st party, asalkan pemilik yang sama.

  92. Nak tanye..kete lama (MyVi) baru renew insurance dec18..guna NCD 55%..kete baru (alza) beli dlm mar18 maknnye next march19 kne renew kete baru..sye baru nk buat transfer NCD dalm bulan Jan19.. bole ker buat mcm ni..sbb Kete lama da claim NCD 55%..T.Kasih..document nk tranfer NCD nk kne bawak gran kete ker.

    1. Salam,

      ok, maksud cik ncd lama dah claim tu claim accident ke mcmana? kalau claim accident automatik jadi 0% ncd. kalau maksud cik claim ncd 55% tu nak msk ke kereta alza better masuk sekarang sbb dah buat ncd 0%. Bawak covernoter ncd myvi yang mase ada 55% ataupon surat yang dah buat withdraw ncd tu ke cawangan insurans kereta alza.

  93. Salam.

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu di sini. Nak tanya tentang kes saya:

    Saya renew insurance Myvi saya dengan Etiqa pada Julai 2018, coverage period 24/7/2018 – 23/7/2019 dengan NCD sebanyak 25%.

    Selepas itu saya telah trade In Myvi ke Honda pada awal bulan 8 dan bell kereta baru dengan NCD 0%. Insurans company Zurich Takaful.

    Apa yang saya boleh buat dengan NCD 25% dan insurans coverage kereta lama saya?

    1. w’salam, sama-sama, sorry lambat reply.

      untuk case encik ni, boleh cancel n refund insurance dan transfer ncd myvi ke kereta honda.

  94. salam bang.. nk tye skit.. yg ncb pindah ke kereta baru tu, untuk kereta baru keluar kedai shaja ke? contoh kelisa saya dh maksimun ncb, 55%.. sy nak jual kelisa tu, nak amik Mitsubishi airtrek(kereta terpakai/2nd hand) boleh ke pindah ncb camtu.. tq

    1. w’salam, sorry lambat reply.

      Tidak hanya untuk kereta keluar kedai sahaja. Kes Encik pon boleh transfer jugak, asal kedua-dua tu atas nama pemilik yang sama & kereta yang hendak dipindahkan ncd tu lebih tinggi value dia. Contoh kes lain, owner ni ada 2 buah kereta, persona 30% ncd & exora 55% ncd masa beli dah ambik dari persona dulu. katakan exora ni excident dan buat tuntutan atas insurans sendiri. Automatik ncd jadi 0%. jadi owner boleh transfer lagi sekali ncd persona yang ada 30% tu.

  95. Salam,klau kete tuka nama..ncd kete trsebut kire kosong smula atau die ikut yg sblm tuka nama?tq

    1. w’salam, sorry lambat reply saya tak sihat.

      Kalau tukar nama kepada pemilik baru, ncd akan jadi 0%, melainkan pemilik baru ada kereta lain yang dah ada ncd yang mana nilai kereta tersebut lebih rendah dari kereta yang telah ditukar nama.

  96. Asna Nazifi Bin Abd Aziz says: Reply

    Salam tuan..
    Saya ada nk membeli used car (Exora) dan bercadang nak jual kereta lama saya (Kenari)
    Persoalannya :-
    1) Boleh ke kalau saya tarik NCD kenari masuk ke Exora sedangkan Kenari belum dijual lagi..
    2) Jika insuran Kenari dah diambil, jadi Kenari tak ada insuran..mcm mana saya nk uruskan proses ke puspakom jika kereta tiada insuran
    Terima Kasih Tuan

    1. W’salam… sorry lambat reply, saya tak sihat.

      1) Boleh, buat withdraw ncd kenari dan transfer ke exora.
      2) Kalau withdraw insurans masih ada, bukan cancel insurans. Buat withdraw kena byr baki ncd yang masih tinggal.

      sama-sama.

  97. Salam boss
    Tumpang Tanya..saya Ada alza nk jual kpd mmber..boleh Tak klau sy simpan ncd tu sementara sy nk Cari kereta lain…andai kata sy nk ambil kereta lain lagi 3 4 bulan lagi..boleh ke boss…mohon pencerahan..

    1. w’salam, saya mohon maaf lambat reply saya tak sihat.

      boleh, ncd boleh simpan sampai setahun selepas roatax expired.

  98. Assalamualaikum..jika sy memindahkn ncd keta lama kpd kereta baru, ncd kereta lama sy akan jd 0% semula ke?

    1. w’salam, maaf lambat reply, kesihatan sya agak terbatas…

      ya, sekiranya ncd telah transfer ke kereta baru automatik yang lama akan jadi 0% sebab dah buat pemindahan.

  99. Assalamualaikum

    Tuan
    Saya nak tanya…saya ada kereta axia ncd 25% allianze ins expired awal bln 4 dan kereta savvy ncd 55% aig ins expired awal bln..sekarang ini saya nak transfer ncd keta savvy ke axia..apa langkah2 yang saya perlu buat yer…perlukah direct dengan insurans tersebut atau just direct call jer..

    1. w’salam, sorry saya lambat reply sbb kesihatan agak terbatas.

      Masa nak renew axia nanti, buat withdraw ncd savvy & byr baki ncd yang ada. selesai urusan withraw, mintak agen insurans msk ncd ke kereta axia.

  100. Salam Bang,

    Terima kasih untuk artikel ini. Sungguh berguna & informatif.

    Saya ada satu soalan: Kalau Customer nak beli kereta baru tapi nak kekal milik kereta lama, saya faham yang NCD itu boleh dipindahkan ke kereta baru, sepertimana Bang dah ulaskan di atas. Saya cuma ada dua soalan:

    1) Katakan premium RM614.85, dan NCD 38.33% dia (diskaun RM235.67) bermaksud premium yang perlu dibayar hanya RM419.88. Kalau NCD itu dipindahkan ke kereta baru, semasa withdrawal tu, adakah customer perlu bayar nilai diskaun itu?

    2) Untuk withdrawal NCD atas dasar transfer ke kereta baru, perlukah policy holder (iaitu customer saya) perlu handle withdrawal itu sendiri, atau saya boleh pergi sebagai wakil beliau? Jika boleh, apa yang diperlukan oleh saya untuk mengesahkan yang saya wakil sah beliau dalam hal ini?

    Terima kasih Bang!

    1. w’salam, maaf lambat reply sbb kesihatan saya agak terbatas.

      1)nilai ncd = Rm235.67/365hari = 1 hari rm0.65
      kira baki hari yang tinggal darab ngan rm0.65. dapat jumlah yang perlu dibyr.

      2)boleh wakilkan org lain tapi borang endorsement dari pihak insurans perlu di sign oleh owner.

      sama-sama.

  101. Abu Ubaidah says: Reply

    Assalam tuan, klu kte nk cancelkan insurance perlu matikan rodtax sekali ke or tak perlu?

    1. w’salam,
      maaf encik saya lambat reply, keadaan kesihatan agak terbatas. ya, kalau nk cancel insurans kena cancelkan roadtax dulu.

  102. Hi sy nk tanya.. sy ade wira insurance tamat sep 2019 dan sy telah beli Honda civic insurance tamat pd dec 2019. Macam mana sy nk tukarkan NCD wira ke honda?
    Boleh x dilakukan sekiranya kereta wira tersebut da ditukar nama kepada org lain?

    1. Salam.

      Boleh, kalau dah tukar nama, terus buat transfer sekarang. Pergi ke cawangan insurans kereta honda civic yang terdekat & mintak masukkan ncd wira yang dah tukar nama. Sekiranya musykil boleh wasap kami 0139443989.

  103. Salam,

    Tuan,

    Ada pertanyaan. Isu NCD. Saya ada beli kereta baharu dan saya masih ada kereta lama yg masih digunakan lagi dan NCD 55%. Sepatutnya semasa pembelian kereta. SA janji utk bantu alihkan NCD. Malangnya perkara itu tidak berlaku dan SA kata boleh buat kemudian. Isunya saya hilang kepercayaan pada SA disebabkan ada perkara2 lain. Soalan saya. Bolehkan saya tarik NCD kereta lama ke kereta baru pada tahun kedua renew insurans (bukan sekarang)?

    1. W’salam…
      Boleh, buat masa nk renew lagi mudah. Sekiranya insurans kereta lama belum expired masa nk renew insurans kereta baru, buat withdraw insurans kereta lama & byr baki ncd yang tinggal. dah selesai urusan withdraw, mintak ajen insurans masukkan ncd kereta lama ke kereta baru. sekiranya ada masalah, boleh hubungi kami. 0139443989.

  104. KARUNAGARAN YANASEGARAN says: Reply

    Saya milik 2 buah kereta. Kedua2 sudah 55% NCD. 1 kereta dipakai oleh isteri saya sejak beli baru Sudah 9 tahun. Boleh kah saya transfer NCD 55% kepada nama isteri saya kalau saya jual kereta ini utk beli kereta baru?

    1. Salam Sejahtera Encik,
      Kalau kereta milik & register atas nama encik, tidak boleh dipindahkan NCD tu ke atas kereta baru isteri. Melainkan encik membeli kereta baru atas nama encik juga. terima kasih.

Leave a Reply