Kenderaan Dilindungi DiBawah Nilai Pasaran (Under Insured)

‘Under Insured’ Berbaloikah?

Apakah itu ‘under insured’? ‘Under Insured’ adalah nilai melindungi insurans kereta anda dibawah nilai pasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans. Pada hari ini ramai pemilik kereta mengambil jalan mudah untuk mendapatkan harga insurans yang termurah. Semua pemilik kenderaan ingin mendapatkan premium insurans kenderaan yang termurah. Lagi baik sekiranya anda mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat insurans dengan mendapatkan premium insurans yang termurah. Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui tips dengan lebih lanjut.

Adakah dengan melindungi kenderaan anda dibawah nilai ini menguntungkan?

Ya, sekiranya tidak berlaku sebarang kejadian seperti kemalangan, kecurian dan kebakaran bermula dari tempoh insurans tersebut melindungi dan sehingga tamat tempoh insurans tersebut selama setahun. Ianya menguntungkan dari segi premium insurans tersebut dan menaikkan ‘No Claim Discount’ (NCD) kereta anda.

Sangat merugikan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Ini adalah kerana anda perlu menanggung sendiri sejumlah nilai yang telah ditetapkan sekiranya kereta anda ada membuat tuntutan kerosakkan ataupun kerugian berganda (total lost) akibat kehilangan dan kecurian. Dalam kes ini, sama ada anda ingin membuat tuntutan terhadap syarikat insuran kereta anda ataupun syarikat insurans kereta yang melanggar anda.

Dapatkan harga insurans kenderaan dengan harga terendah! Klik Sini.

Jika anda didapati melindungi kereta anda kurang dari nilai yang pasaran sebenar, anda boleh didenda.

Cohtohnya, Jika nilai pasaran kenderaan anda ialah RM50,000 tetapi anda hanya melindungi ‘insured’ RM40,000. Anda boleh dikenakan denda akibat terkurang jumlah perlindungan. Sekiranya nilai kerosakkan dianggarkan sebanyak RM5,000, maka pihak syarikat insurans berhak untuk tidak membayar sepenuhnya jumlah kerosakkan tersebut dan anda perlu menanggung sebahagian kos baikpilih tersebut berdasarkan formula berikut:

Dalam kes ini, hanya RM4,000 akan dibayar oleh pihak insurans sementara baki RM1,000 akan ditanggung sendiri oleh anda. Bagaimana jika nilainya lebih tinggi, sanggupkah anda membayarnya? Bagaimana jika kereta anda ‘total lost’ hilang, terbakar ataupun kemalangan dan tidak dapat dibaiki lagi. Lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh anda.

 

Lebih malang lagi sekiranya kereta anda masih dalam pembiayaan bank, anda perlu membayar seperti biasa bulanan pinjaman tersebut. Ini disebabkan oleh, jumlah tuntutan yang dibayar oleh pihak insurans tidak memcukupi. eloklah anda hanya menlindungi kereta anda mengikut amaun yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Ini adalah tertakluk oleh peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) & semua syarikat insurans dan takaful perlu mematuhi peraturan ini.

 

Nasihat saya, eloklah anda hanya melindungi kereta anda mengikut jumlah yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Jikalau ingin mendapatkan insurans kereta dengan premium yang termurah, lebih baik anda mencari ajen insurans yang bertauliah dan berpengalaman dengan meminta sebutharga insurans, pandangan, nasihat dan minta bandingkan harga insurans dari syarikat-syarikat insurans yang berlainan.

Sekiranya artikel ini bermanfaat sila kongsi untuk kebaikkan bersama. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply