Market Value VS Agreed Value

Apakah ‘Market Value’ dan ‘Agreed Value’?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Artikal kali ini akan menerangkan, apakah ‘market value’, dan ‘agreed value’. Sekiranya anda ingin memperbaharui insurans kereta, adalah lebih baik anda mengetahui perbezaan antara ‘Market Value’, dan ‘Agreed Value’ ini.

“Agreed Value’ adalah nilai yang dipersetujui, iaitu nilai yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans untuk nilai sesebuah kereta pada masa itu dan dipersetujui oleh anda pada semasa pembelian polisi. Ia biasanya adalah jumlah yang telah anda bayar untuk membeli kereta. Nilai dipersetujui ini adalah lebih terjamin dan selamat. Ini kerana, sekiranya berlaku kemalangan disebabkan oleh kecurian (hilang) atau kerugian menyeluruh (‘total lost’), anda akan dibayar pampasan berdasarkan nilai yang dipersetujui.

‘Market Value’ adalah nilai pasaran iaitu nilai pasaran yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans. Nilai ini bukannya nilai dagangan jika anda menjual sesebuah kereta. Nilai ini juga adalah nilai yang diiktiraf oleh industri bagi kereta anda di pasaran terbuka. Kebanyakkan dari kita akan menyangka nilai ini adalah nilai semasa harga kereta (sekiranya dijual). Jika berlaku berlaku sebarang kemalangan yang disebabkan oleh kecurian (hilang) atau kerugian menyeluruh (‘total lost), anda akan dibayar pampasan berdasarkan nilai pasaran selepas mengambil kira susut nilai.

Contoh perbandingan diantara ‘Market Value’ dan ‘Agreed Value”.

Gambarajah di atas menceritakan tentang Ahmad yang mempunyai kereta yang berusia setahun. Ahmad ingin memperbaharui insurans kereta beliau dan harga yang dinilai adalah sebanyak RM80,000. Jika Ahmad memilih syarikat insurans yang menggunakan ‘market value’, sekiranya berlaku kerugian yang menyeluruh (‘total lost’) Ahmad akan dibayar kurang dari RM80,000. Seandainya Ahmad memilih insurans yang menggunakan ‘agreed value’, Ahmad akan mendapat bayaran penuh sebanyak RM80,000.

Semasa memperbaharui insurans kenderaan, anda disarankan supaya mengikut nilai yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans tersebut bagi mengelakkan anda mengalami kerugian sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Terima kasih kerana membaca artikal ini, diharapkan dapat menambah pengetahuan dan dapat membantu semasa memilih perlindungan kenderaan anda. Wassalam.

Leave a Reply