Liberalisasi Insurans Kenderaan

LIBERALISASI INSURANS KENDERAAN.

Liberalisasi insurans kenderaan adalah perubahan kadar tarif ataupun premium insurans. Sebelum ini kadar tarif insurans adalah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berkadar tetap. Dimana semua syarikat insurans & takaful mesti mengikut kadar tersebut. Bermulanya liberalisasi insurans ini pada 1 Julai 2017, penanggung insurans tidak lagi tertaklukĀ  pada kadar tersebut. Kadar tarif ataupun premium ditetapkan sendiri oleh penangung insurans. Tarif & premium ini ditetapkan oleh faktor kenderaan dan pemandu/pemilik. Untuk lebih lebih lanjut, tonton video ini,

sumber: BNM Official

Kesimpulannya adalah:

Hanya perlindungan insurans komprehensif dan kebakaran, kecurian dan pihak ketiga yang tertakluk pada liberalisasi insurance kenderaan ini. Harga premium insurans adalah berdasarkan pada kenderaan dan pemandu.

Faktor mempengaruhi premium yang diambil kira adalah:

Jenis & model kenderaan

Setiap model kenderaan akan dikelaskan mengikut tahap keselamatan serta kadar kos yang perlu ditanggung, Usia kenderaan tersebut juga diambil kira.

Pemandu/Pemilik

Faktor pemandu/pemilik yang diambil kira adalah usia, jantina, pekerjaan, lokasi tempat tinggal dan rekod kesalahan lalulintas. Disini kita dapat lihat ada perbezaan kadar diantara pemandu lelaki dan wanita, umur yang lebih berusia pula berkemungkinan perlu membayar lebih tinggi. Sebelum ini jenis pekerjaan tidak menjadi faktor dalam pengiraan insurans tetapi selepas liberalisasi ini setiap pekerjaan pemilik akan dikelaskan mengikut risiko pekerjaan. Manakala bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi kes kecurian kereta perlu membayar kadar yang lebih tinggi.

[BACA JUGA:Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru.]

Manfaat

Apakah manfaat kepada pengguna berkenaan sistem liberalisasi ini?

Syarikat penanggung insurans akan menawarkan produk yang lebih berinovasi dengan harga yang lebih murah danĀ  servis ataupun perkhidmatan yang lebih lancar dan efision.

Peranan kita sebagai konsumer.

  • Mengamalkan pemanduan yang berhemah dan bertimbangrasa.
  • Sentiasa mematuhi peraturan trafik bagi menggelakkan kemalangan jalanraya.
  • menyelenggara kenderaan secara berkala bagi mengurangkan risiko.
  • Menambahbaik atau mempunyai sistem keselamatan anti kecurian yang baik.
  • Parkir kenderaan anda di tempat yang selamat.

Pilihan yang terbaik.

Setiap syarikat penangung insurans akan menawarkan kadar pelindungan yang berlain. pilih mengikut kesesuai anda. Sekiranya anda tidak arif tentang berkenaan insurans kenderaan, sila rujuk kepada yang lebih pakar bagi menggelakkan anda menangung kerugian semasa membeli mahupun ketika membuat tuntutan. Jadilah pengguna yang bijak!

Nak renew insurans murah, berkualiti & siap segera TANPA GERAN! Sebut harga PERCUMA: Klik disini

 

Leave a Reply