Prosedur & Dokumen untuk Tuntutan Insurans

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, apakah yang harus dibuat sekiranya ingin membuat tuntutan dengan syarikat insurans? Anda boleh ikuti prosedur dari artikal ini. Sebelum itu jom kita tengok video yang berkaitan kemalangan dan prosedur tuntutan dari Syarikat Allianz General Insurance.

Prosedur Tuntutan Insurans

  1. Laporkan kepada syarikat insurans untuk sebarang tuntutan dalam masa 7 hari, sekiranya anda hilang upaya dan dimasukkan ke hospital akibat kejadian itu dalam masa 30 hari atau secepat yang mungkin dan tempoh yang lebih lama sekiranya terdapat bukti khusus.
  2. Membuat laporan Polis dalam masa 24 jam.
  3. Pastikan kereta dihantar ke bengkel panel syarikat insurans anda.
  4. Isi dan lengkapkan borang tuntutan syarikat insurans anda.
  5. Kemukakan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak syarikat insurans.
  6. Buat semakan dengan syarikat insurans anda berkaitan alat ganti dan baikpulih yang dibuat oleh bengkel panel.
  7. Tandatangan borang pelepasan syarikat insurans selepas berpuas hati dengan keadaan kereta anda setelah di baik pulih.
  8. Selesai.

Dokumen-dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans.

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan lesen memandu.
  3. Salinan geran / VOC (geran baru).
  4. Covernote insurans
  5. Laporan Polis.
  6. Gambarajah kemalangan (dibeli di Balai Polis).
  7. Lakaran kemalangan (dibeli di Balai Polis).

Terima kasih.

 

Leave a Reply